A
ku masih ingat, sekitar 17 tahun dahulu, daerah terbiar ini, aku kunjung bersama bapa; menaiki motosikal, kadang – kadang aku menaiki gerek nun jauh juga sejauh 12 kilometer, untuk aku berhibur cara kanak- kanak, mandi laut, korek ketam, aku baker; terasa sedap benar.. aku juga panjat pokok- pokok bakau, pokok api, di kawasan ini. Orang Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Parit Buntar sebut kawasan ini Kampung Sungai Burung.Tapi ramai lagi panggil tempat ini sebagai ‘ Ban Pecah
Tempat ini ketika itu, pada kali pertama kulihat semasa menaiki motosikal Yamaha 100 CC, Plat PT 4436 tengah sikit – sikit runtuh. Aku bernama Jamal, takut sangat dengar bunyi ombak gila menganas hinggakan habis runtuh rumah – rumah nelayan pantai kawasan ini.
Menurut cerita warga tua, yang diturunkan dari mulut ke mulut, Pantai ini terhasil dari lagenda seorang anak yatim yang begitu kecewa , tanah nya di rampas oleh saudaranya sendiri. Tangisan itu, dihiraukan, lantas disumpahnya. Wallahualam,.
Jika dulu , mungkin panjang pantai memanjang, tak sampai pun 2 Km.Manakala jauh tanah dimamah ombak mungkin 500 meter.Tapi kini, luasnya sepanjang 12 KM dari Kampung Nelayan ( dulu namanya Kampung Kilat ) hingga Kampung Nelayan Baru , Tanjung Piandang.
Tanah ditelan pula mungkin hamper juga 2 Km kehadapan.Walaupun kisah sedih empunya rumah sudah dilupakan persis seperti pengunjungnya , datang memancing ikan – ikan , yang muda- mudi datang berpelisiran; ironisnya 2004 ,tsunami mengorbankan 2 orang cina, manakala 1 orang lagi hilang hingga kini ( mungkin mereka sudah lupa peringatan tuhan itu )
FEATURED POSTS
KISAH " BAN PECAH "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan