SUARA SAHIH DAN BERANI AKAR UMBI
SUARA SAHIH DAN BERANI AKAR UMBI.

Halaman

FEATURED POSTS

KUALA GULA

Jumaat, Julai 03, 2009 | | Labels:

Kuala Gula dan Kuala Kurau dalam daerah Kerian Perak adalah dua buah tempat yang berbeza. Kuala Kurau berasal dari sebuah kampung nelayan terletak di muara sungai kurau. Aliran sungai kurau menuju tasik Bukit Merah. Dari tasik Bukit Merah (nama asalnya Lembah Beriah) sungai kurau mengalir menuju ke kawasan tanah tinggi Batu Kurau.

Pekan Batu Kurau adalah semepena nama sungai kurau di bahagian hulu yang penuh dengan batu-batu dari bukit berdekatan.
Nama Kuala Gula mula dikenali apabila Inggeris membuka ladang tebu sekitar tahun 1900. Kemasyhuran ladang tebu dan kilang proses gula di ladang tersebut ini menghasilkan nama Kuala Gula. Ia terletak disatu kawasan yang bersempadankan muara sungai kurau di utara dan muara sungai pinang di selatan. Sebelum wujudnya nama Kuala Gula ia hanya di kenali sebagai kuala sungai pinang. Sungai pinang mengalir dan merangkai dengan sungai selingsing, sungai perotan dan sungai sepetang. Kebanyakan kampung-kampung asal di kawasan ini memakai nama sungai. Jalan utama perinagkat terawal menuju ke Kuala Gula ialah melalui pekan Kuala Kurau. Pada masa sekarang jalan raya telah dibina dari pekan Simpang Empat Semanggol. Jika melalui pekan Kuala Kurau sebuah jambatan telah dibina untuk menyeberangi sungai kurau ke Kuala Gula.



0 komen: