SUARA SAHIH DAN BERANI AKAR UMBI
SUARA SAHIH DAN BERANI AKAR UMBI.

Halaman

FEATURED POSTS

DI SEBALIK BOTA

Isnin, November 09, 2009 | | Labels: , ,


Bota di daerah Perak Tengah , Perak, pecan kecil ini terkenal dengan hasil Buah Durian yang mempunyai rasa berbeza sekali dengan tempat – tempat lain di sekitar negeri ini. Daerah yang menghubungkan Daerah Kinta ( Ipoh ) dan Manjung ( Lumut ) ini juga sinonim dengan tempat pendaratan Tuntung nya.



Dialek penduduk watanya juga unik berbanding tempat – tempat lain di negeri bijih timah ini. Bota ( disebut Bote ( e ~ taling ) ) . Apa yang menarik untuk dikongsikan bersama pengikut ku adalah asal usul nama BOTA.
Bota dikatakan mempunyai gigi yang mampu makan apa saja, pabila ia makan ia mampu memecahkan apa saja. Suatu ketika dahulu, bota sering di bawa balik oleh Sultan – Sultan bersama pedang – pedang, dan nafiri. Tugas bota ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan sekitar kawasan ini dari serangan musuh. Adalah dipercayai Bota adalah seekor gergasi yang amat suka tinggal di dalam gua – gua bawah tanah. Makhluk ini juga sering dilihat di sekitar rumpun – rumpun buluh dan sawah – sawah padi. Bota turut menyukai budak – budak yang tidak memakai seluar. Bota adalah berwarna kelabu.
Fikir – fikirkan …apa itu BOTA.



0 komen: