SUARA SAHIH DAN BERANI AKAR UMBI
SUARA SAHIH DAN BERANI AKAR UMBI.

Halaman

FEATURED POSTS

UTUSAN UNTUK NAJIB

Sabtu, April 04, 2009 | | Labels:

Tahniah diucapkan kepada Dato'Seri Najib Tun Abdul Razak, profil beliau sememangnya berwarna warni untuk di ketahui, 5 rekod ' terawal ' yang dicapai tatkala pertikaian peribadi dan rumahtangga menjadi isu. Aku sememangnya mengharapkan sesuatu yang gah dari beliau, sesuatu yang mengembalikan 'wow' dari dasar - dasar pentadbiran untuk mengembalikan kegemilangan parti pemerintah seperti suatu ketika dahulu.




Aku berada dalam kelompok akar umbi, hendak menegaskan bahawa sudah lama sebenarnya wujud gelombang ' malu untuk menjadi penyokong biru' , imej parti ini penuh dengan korupsi, pemilihan peringkat cawangan sekalipun sudah berpuak - puak, siapa yang ada banyak wang , berpengarulah orang itu. Pemilihan pucuk pimpinan berdasarkan harta dan kekayaan . Bukan lagi kreadibilti kepimpinan menjadi ukuran. Bayangkan suatu hari nanti, orang - orang inilah yang akan menerajui negara.....Tiada pemberi, maka tiadalah penerima.Mungkin inilah yang terjadi kepada Tun Abdullah. Imej ' Mr. nice Guy 'ditolak mentah - mentah oleh golongan - golongan yang telah menjadi ' little napoleon ' d peringkat bawahan.Siapalah aku untuk memberi nasihat kepada najib. cuma ada beberapa utusan harapan yang akan tertera di bawah :

1. Hapuskan sebaik mungkin rasuah, naikkan ranking bersih rasuah negara, walaupun di peringkat asia tenggara kita berada di nombor dua.

2. Optimumkan pencapaian, segenap sumber telah diteroka, tapi hasil masih diperingkat awal .

3. Mungkin kaedah pemilihan pemimpin UMNO dari peringkat cawangan hingga kebangsaan perlu dikaji semula.


1 komen:

jamal berkata...

8 tahun umno x buat kerja