
Bota di daerah Perak Tengah , Perak, pecan kecil ini terkenal dengan hasil Buah Durian yang mempunyai rasa berbeza sekali dengan tempat – tempat lain di sekitar negeri ini. Daerah yang menghubungkan Daerah Kinta ( Ipoh ) dan Manjung ( Lumut ) ini juga sinonim dengan tempat pendaratan Tuntung nya.
Dialek penduduk watanya juga unik berbanding tempat – tempat lain di negeri bijih timah ini. Bota ( disebut Bote ( e ~ taling ) ) . Apa yang menarik untuk dikongsikan bersama pengikut ku adalah asal usul nama BOTA.
Bota dikatakan mempunyai gigi yang mampu makan apa saja, pabila ia makan ia mampu memecahkan apa saja. Suatu ketika dahulu, bota sering di bawa balik oleh Sultan – Sultan bersama pedang – pedang, dan nafiri. Tugas bota ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan sekitar kawasan ini dari serangan musuh. Adalah dipercayai Bota adalah seekor gergasi yang amat suka tinggal di dalam gua – gua bawah tanah. Makhluk ini juga sering dilihat di sekitar rumpun – rumpun buluh dan sawah – sawah padi. Bota turut menyukai budak – budak yang tidak memakai seluar. Bota adalah berwarna kelabu.
Fikir – fikirkan …apa itu BOTA.
FEATURED POSTS
DI SEBALIK BOTA
PANCASILA INDONESIA

G aruda Pancasila merupakan lambang negara Indonesia. Lambang ini dicipta oleh Panitia yang diketuai oleh Sultan Hamid II dari Pontianak, yang kemudian disempurnakan oleh Presiden Sukarno. Sedangkan Pancasila itu sendiri merupakan dasar falsafah negara Indonesia, kata "Pancasila" terdiri daripada dua patah perkataan bahasa Sanskrit, iaitu pañca yang bermaksud "lima" dan śīla yang bermaksud "prinsip" atau "asas".
1. Ketuhanan Yang Maha Esa
* Percaya dan taqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, sesuai dengan agama dan kepercayaan masing-masing, berdasarkan kemanusiaan yang adil dan beradab.
* Hormat dan menghormati serta bekerjasama antara pemeluk agama dan penganut-penganut kepercayaan yang berbeza-beza sehingga terbina kerukunan hidup.
* Saling menghormati kebebasan menjalankan ibadat, sesuai dengan agama dan kepercayaan masing-masing.
* Tidak memaksakan suatu agama atau kepercayaannya kepada orang lain.
2. Kemanusiaan Yang Adil Dan Beradab
* Mengakui persamaan darjah, persamaan hak dan persamaan kewajiban antara sesama manusia.
* Saling mencintai sesama manusia.
* Mengembangkan sikap bertimbang rasa.
* Tidak bersikap sewenang-wenang terhadap orang lain.
* Menjunjung tinggi nilai kemanusiaan.
* Gemar melakukan kegiatan kemanusiaan.
* Berani membela kebenaran dan keadilan.
* Bangsa Indonesia berasa dirinya sebagai sebahagian masyarakat Dunia Antarabangsa dan dengan itu, harus mengembangkan sikap saling hormat-menghormati dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa yang lain.
3. Perpaduan Indonesia
* Menjaga Perpaduan dan Kesatuan Negara Kesatuan Republik Indonesia.
* Rela berkorban demi bangsa dan negara.
* Cinta akan Tanah Air.
* Berbangga sebagai sebahagian daripada Indonesia.
* Memajukan pergaulan demi perpaduan dan kesatuan bangsa yang ber-Bhinneka Tunggal Ika (bermaksud "berbeza beza, tetapi tetap satu jua").
4. Kerakyatan Yang Dipimpin Oleh Hikmat Kebijaksanaan Dalam Permusyawaratan/Perwakilan
* Mengutamakan kepentingan negara dan masyarakat.
* Tidak memaksakan kehendak kepada orang lain.
* Mengutamakan budaya perbincangan atau sepersetujuan dalam mengambil keputusan bersama.
* Berbincang atau bermesyuarat sehingga mencapai sepersetujuan, diliputi dengan semangat kekeluargaan.
5. Keadilan Sosial Bagi Seluruh Rakyat Indonesia
* Bersikap adil terhadap satu sama lain.
* Menghormati hak-hak orang lain.
* Menolong satu sama lain.
* Menghargai orang lain.
* Melakukan pekerjaan yang berguna bagi kepentingan umum dan bersama.
[sunting] Makna lambang Garuda Pancasila
* Perisai di tengah melambangkan pertahanan bangsa Indonesia
o Simbol-simbol di dalam perisai masing-masing melambangkan sila-sila dalam Pancasila, iaitu:
+ Bintang melambangkan sila Ketuhanan Yang Maha Esa
+ Rantai melambangkan sila Kemanusiaan Yang Adil Dan Beradab
+ Pokok Ara (Beringin) melambangkan sila Perpaduan Indonesia
+ Kepala Banteng (lembu) melambangkan sila Kerakyatan Yang Dipimpin Oleh Hikmat Kebijaksanaan Dalam Permesyuaratan/Perwakilan
+ Padi dan Kapas melambangkan sila Keadilan Sosial Bagi Seluruh Rakyat Indonesia
o Warna merah-putih melambangkan warna bendera nasional Indonesia. Merah bererti berani dan putih bererti suci
o Garis hitam tebal yang melintang di dalam perisai melambangkan wilayah Indonesia yang dilintasi Garis Khatulistiwa
* Jumlah bulu melambangkan hari pengisytiharan kemerdekaan Indonesia (17 Ogos 1945), antara lain:
o Jumlah bulu pada setiap sayap berjumlah 17
o Jumlah bulu pada ekor berjumlah 8
o Jumlah bulu di bawah perisai/pangkal ekor berjumlah 19
o Jumlah bulu di leher berjumlah 45
* Pita yang dicengkeram oleh burung helang bertuliskan semboyan negara Indonesia, iaitu Bhinneka Tunggal Ika yang membawa pengertian "berbeza beza, tetapi tetap satu jua".

