SUARA SAHIH DAN BERANI AKAR UMBI
SUARA SAHIH DAN BERANI AKAR UMBI.

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

FEATURED POSTS

HANG TUAH BUKAN MELAYU?

Selasa, Mac 31, 2009 | | Labels: , ,

R
amai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.



Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan 慴ahasa jiwa bangsa?dan 憁anusia mati meninggalkan nama?. Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan 憂ama menunjukkan bangsa? Bahasa 憂ama?merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada 憂ama?manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan 慔ang? Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran 慔ang?telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk 慚elaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,?cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku 慡ejarah Melayu?edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan 慶ampur?antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama 慞aduka Hang Mamat?sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar 慴iduanda Cina?juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang 慡ejarah Melayu?dan pengarang 慔ikayat Hang Tuah?mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang 慡ejarah Melayu?telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang 慔ikayat Hang Tuah?adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

PETIKAN DARI SUARAANUM.COM

Read more.....
3 Comments»

SEJARAH KUALA KURAU, kampungku

Jumaat, Mac 06, 2009 | | Labels: ,





M
ukim Kuala Kurau adalah salah satu daripada 8 buah mukim dalam Daerah Kerian. Terletak di sebelah barat daerah Kerian iaitu di bahagian pantai menghadap ke Selat Melaka. Ianya bersempadan dengan Mukim Parit Buntar (Pekan Jalan Baru) dan mukim Tanjung Piandang (Pt. Telok Pial & Pt. Tok Hin) di sebelah utara. Bersempadan dengan mukim Bagan Serai (Pt. Sg Dungun) di sebelah timur. Bersempadan dengan mukim Selinsing (Sungai Gula) di sebelah selatan. Bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah baratnya.

Sejarah

Setakat ini belum dapat dikesan tarikh sebenar Kuala Kurau dibuka. Namun berdasarkan kepada ingatan orang tua-tua diyakini bahawa ia dibuka sekitar tahun 1800-an dahulu. Bermula daripada beberapa keluarga orang melayu Perak meneroka kawasan Kuala Kurau untuk bersawah dan menangkap ikan, maka sejak itu dari sehari ke sehari Kuala Kurau diteroka dan di banjiri pendatang dari pelbagai tempat dan kaum.

Pada zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India di bawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan perdagangan. Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan import dan eksport yang lengkap dengan pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (Jabatan Shahbandar, Kuala Kurau).

Terbitnya nama Kuala Kurau adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu KUALA kerana kedudukannya di Kuala (muara) sungai dan KURAU nama jenis (Ikan Kurau) yang termasyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut di masa itu.

Bentuk Muka Bumi & Tanah

Bentuk fizikal muka bumi mukim Kuala Kurau adalah datar dan rendah. Tidak terdapat langsung bukit-bukau atau kawasan tanah tinggi. Di setengah-setengah bahagian kedudukan muka buminya lebih rendah daripada paras laut. Dengan sebab itulah kawasan tanahnya adalah amat sesuai ditanam dengan padi dan sebagainya.

Sebahagian besar kandungan tanahnya terdiri daripada Tanah Lanar berasal dari laut iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah-tanih (subsoil) tanah liat yang berwarna hijau/kelabu. Semua tanah di mukim ini sesuai untuk tanaman padi dan usaha mempertingkatkan hasil pengeluarannya sehingga mencapai 5 tan metrik bagi satu hektar sedang giat dilaksanakan dengan menumpukan dan memperbaiki khususnya mengenai pengurusan air dan teknik pengurusan tanaman oleh pihak KSM, Pertanian dan JPS.

Iklim

Mukim Kuala Kurau mempunyai iklim tropika yang lembap (humid tropical climate) yang mempunyai sukatan hujan yang boleh dikatakan tinggi dan perbezaan tempoh terang yang kecil. Hitung panjang bagi setahun hampir 2,500 mm (97 inci) dan sukatan yang tertinggi yang didapati dalam bulan April dan Oktober/November dan kurang dalam bulan Januari/Februari dan daripada Jun-Ogos.

Sungguhpun purata sukatan hujan setiap bulan adalah lebih daripada 50% (65% daripada bulan Februari) oleh kerana perbezaan yang tinggi, air tambahan diperlukan bagi kedua-kedua musim tanaman bagi memastikan operasi pertanian dapat dijalankan mengikut masa yang betul serta meninggikan dan kekerapan tanaman. Sebaliknya biasa di dapati hujan turun berlebihan dan tidak sesuai untuk pertumbuhan padi yang optimum.

Keluasan
Luas keseluruhan mukim Kuala Kurau ialah 45 batu persegi, atau 28,520 ekar (11,709.5 ha) mengandungi 12 buah kampung induk. Di tengah-tengah mukim ini mengalir Sungai Kurau sepanjang 16 km yang membelah mukim ini kepada dua bahagian (utara dan selatan) yang hampir sama keluasannya. Di bahagian utara mengandungi 11 buah kampung manakala di sebelah selatannya mengandungi sebuah kampung sahaja iaitu Kampung Kuala Gula.

PENTADBIRAN MUKIM KUALA KURAU

Mukim Kuala Kurau di tadbirkan oleh seorang penghulu dan seorang kerani penghulu, 12 orang ketua kampung dan 168 ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). Pejabat penghulu mukim Kuala Kurau terletak di Jalan Besar, Pekan Kuala Kurau yang merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang berfungsi sebagai pentadbir mukim Kuala Kurau, khususnya bagi PEMBANGUNAN dan PEMODENAN sektor luar bandar dengan tumpuan utama ke arah membawa peningkatan terhadap kesejahteraan EKONOMI dan SOSIAL penduduk-penduduk luar Bandar.

Di samping itu juga, ia dapat mewujudkan masyarakat luar Bandar yang berdaya tahan, berinisiatif, berilmu dan memiliki nilai etika moral yang murni sejajar dengan hasrat wawasan 2020 yang mana masyarakat itu dapat menikmati tingkat kesejahteraan dan kualiti kehidupan yang lebih sempurna
View Larger Map



Read more.....
3 Comments»

BALADA SEORANG GADIS KECIL

Rabu, Februari 25, 2009 | | Labels: ,

Sejak hampir 2 bulan lepas, aku memang tertunggu - tunggu lagu ini, aku minat sangat- sangat lagu ni. Aku tak dapat maklumat yang banyak mengenai penyanyi ini.mungkin .ia bukan lagu yang gah pada zaman aku


.Cuma aku posting disini untuk kau kongsikan bersama- sama kita, memahami liriknya bersama...







Zubir Ali

Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina


Read more.....
1 Comment»

KISAH " BAN PECAH "

Selasa, Februari 24, 2009 | | Labels: ,

A
ku masih ingat, sekitar 17 tahun dahulu, daerah terbiar ini, aku kunjung bersama bapa; menaiki motosikal, kadang – kadang aku menaiki gerek nun jauh juga sejauh 12 kilometer, untuk aku berhibur cara kanak- kanak, mandi laut, korek ketam, aku baker; terasa sedap benar.. aku juga panjat pokok- pokok bakau, pokok api, di kawasan ini. Orang Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Parit Buntar sebut kawasan ini Kampung Sungai Burung.Tapi ramai lagi panggil tempat ini sebagai ‘ Ban Pecah



Tempat ini ketika itu, pada kali pertama kulihat semasa menaiki motosikal Yamaha 100 CC, Plat PT 4436 tengah sikit – sikit runtuh. Aku bernama Jamal, takut sangat dengar bunyi ombak gila menganas hinggakan habis runtuh rumah – rumah nelayan pantai kawasan ini.

Menurut cerita warga tua, yang diturunkan dari mulut ke mulut, Pantai ini terhasil dari lagenda seorang anak yatim yang begitu kecewa , tanah nya di rampas oleh saudaranya sendiri. Tangisan itu, dihiraukan, lantas disumpahnya. Wallahualam,.

Jika dulu , mungkin panjang pantai memanjang, tak sampai pun 2 Km.Manakala jauh tanah dimamah ombak mungkin 500 meter.Tapi kini, luasnya sepanjang 12 KM dari Kampung Nelayan ( dulu namanya Kampung Kilat ) hingga Kampung Nelayan Baru , Tanjung Piandang.

Tanah ditelan pula mungkin hamper juga 2 Km kehadapan.Walaupun kisah sedih empunya rumah sudah dilupakan persis seperti pengunjungnya , datang memancing ikan – ikan , yang muda- mudi datang berpelisiran; ironisnya 2004 ,tsunami mengorbankan 2 orang cina, manakala 1 orang lagi hilang hingga kini ( mungkin mereka sudah lupa peringatan tuhan itu )




Read more.....
No Comment»

PANDANGAN ZAMAN TERDAHULU TENTANG ABAD KE 21 ( Catatan sebelum tahun 1982 )

Selasa, Februari 24, 2009 | | Labels: ,

Sir Bernard Lovell – Ahli Kaji Bintang

“ Dengan Jumlah Penduduk dunia 4 atau 5 kali ganda dari sekarang permintaan bahan tenaga akan mendorong usaha – usaha menyalurkan tenaga solar dari angkasa lepas. Jumlah kapal angkasa yang banyak merubah permandangan di waktu malam mengakibatkan observasi bintang tidak boleh di lakukan di bumi lagi “.


Arthur C. Clarke – Ahli Kaji Bintang dan Pengarang Sains Fiksyen

“ Pengkalan – pengkalan akan didirikan di bulan dan manusia akan menggunakan telefon tangan menyerupai jam tangan sekarang.Telefon ini akan menjadi suatu kenyataan dengan pembinaan satelit – satelit komunikasi yang besar – besar dan penggunaan alat ini akan mencetusakan social – ekonomi yang besar. 1995 – 2020 , beliau meramalkan permulaan penjelajahan ke planet – planet lain , zaman tenagan murah , penerbangan ke Marikh, bandaraya di angkasa dan penggunaan robot dalam penjelajahan ke angkasa “.


Pendapat – pendapat lain

• Pengeluaran organ – organ serta pendedahan bersifat spare part
• Televisyen berwarna 3D sebesar dinding
• Sakit tua di kawal oleh bahan kimia
• Proses ketuaan dibanteras
• Penggunan sensor automatic membolehkan orang buta melihat

APA PENDAPAT ANDA. ? BERLAKUKAH KESEMUANYA ………..






Read more.....
1 Comment»